المدثر
Al-Muddaththir
Translation: Malay - Abdullah Muhammad Basmeih · Open the surah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ
Open ayah 74:1Wahai orang yang berselimut!
قُمۡ فَأَنذِرۡ
Open ayah 74:2Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ
Open ayah 74:3Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ
Open ayah 74:4Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ
Open ayah 74:5Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ
Open ayah 74:6Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ
Open ayah 74:7Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
فَإِذَا نُقِرَ فِي ٱلنَّاقُورِ
Open ayah 74:8Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذٖ يَوۡمٌ عَسِيرٌ
Open ayah 74:9Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٖ
Open ayah 74:10Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدٗا
Open ayah 74:11(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالٗا مَّمۡدُودٗا
Open ayah 74:12Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
وَبَنِينَ شُهُودٗا
Open ayah 74:13Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدٗا
Open ayah 74:14Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ
Open ayah 74:15Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
كَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدٗا
Open ayah 74:16Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا
Open ayah 74:17Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
Open ayah 74:18Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ
Open ayah 74:19Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ
Open ayah 74:20Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
ثُمَّ نَظَرَ
Open ayah 74:21Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
Open ayah 74:22Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ
Open ayah 74:23Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
فَقَالَ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٞ يُؤۡثَرُ
Open ayah 74:24Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ
Open ayah 74:25"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ
Open ayah 74:26(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سَقَرُ
Open ayah 74:27Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
لَا تُبۡقِي وَلَا تَذَرُ
Open ayah 74:28Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
لَوَّاحَةٞ لِّلۡبَشَرِ
Open ayah 74:29Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ
Open ayah 74:30Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةٗۖ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةٗ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَٰنٗا وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ وَٱلۡكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلٗاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ
Open ayah 74:31Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
كَلَّا وَٱلۡقَمَرِ
Open ayah 74:32Sebenarnya! Demi bulan,
وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ
Open ayah 74:33Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ
Open ayah 74:34Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ
Open ayah 74:35Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
نَذِيرٗا لِّلۡبَشَرِ
Open ayah 74:36Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ
Open ayah 74:37(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ
Open ayah 74:38Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
إِلَّآ أَصۡحَٰبَ ٱلۡيَمِينِ
Open ayah 74:39Kecuali puak Kanan,
فِي جَنَّٰتٖ يَتَسَآءَلُونَ
Open ayah 74:40(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ
Open ayah 74:41Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ
Open ayah 74:42(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ
Open ayah 74:43Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ
Open ayah 74:44"Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ
Open ayah 74:45"Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ
Open ayah 74:46"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلۡيَقِينُ
Open ayah 74:47"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ
Open ayah 74:48Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ
Open ayah 74:49(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
كَأَنَّهُمۡ حُمُرٞ مُّسۡتَنفِرَةٞ
Open ayah 74:50Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ
Open ayah 74:51Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفٗا مُّنَشَّرَةٗ
Open ayah 74:52(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ
Open ayah 74:53Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
كَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٞ
Open ayah 74:54Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
Open ayah 74:55Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ
Open ayah 74:56Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).