الكوثر
Al-Kawthar
Translation: Malay - Abdullah Muhammad Basmeih · Open the surah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ
Open ayah 108:1Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
Open ayah 108:2Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ
Open ayah 108:3Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).